Ciri-ciri Helang Merah

Semasa penerbangan, ekor tumpul bulat dan pelepah bagi dewasa agak menonjol

Burung Lang Merah ialah haiwan yang tergolong dalam golongan benda hidup, alam : haiwan, filum : kordata, sub-filum : bertulang belakang (vertebrata), kelas : burung. Burung Lang Merah adalah haiwan berdarah panas, mempunyai sayap dan tubuh yang diselubungi bulu pelepah. Paruh Burung Lang Merah tidak bergigi.

Ia merupakan burung pemangsa yang mudah dilihat di Malaysia, dan mudah dikenal pasti melalui bulu putih pada kepala dan pada dadanya, burung muda bewarna lebih pucat yang mudah terkeliru dengan spesies yang hampir serupa dengannya. Burung lang merah sama saiz dengan burung Helang Kembara Hitam (Milvus migrans) dan memiliki jenis penerbangan lang yang biasa, dengan sayap bersudut, tetapi ekornya bulat tidak seperti spesies Milvus, Helang Kembara Merah dan Helang Kembara Hitam, yang memiliki ekor bercabang.[5] Kedua genera bagaimanapun agak dekat.[6]


Burung lang Merah banyak di dapati di kawasan persisiran pantai dan berpaya, biasanya dalam jumlah yang kecil, secara bersendirian atau berpasangan, meluncur tinggi di kawasan daratan, termasuk bandar dan pekan. Ketika mereka terbang tinggi, ia mungkin tidak disedari oleh pandangan mata manusia terutama apabila ketika waktu panas terik ketikamana mereka mampu menggunakan kelebihan termal udara panas untuk membantu mereka meluncur. Ia menghasilkan bunyi jeritan kweeaa atau kyeeer yang nyaring terutama ketika sedang meluncur.